komitee kelate Bar 2013

komitee kelate Bar 2013

Wednesday, 20 March 2013

Al-Fateh Inn

Lokasi: Bandar Pasir Puteh

           belakang Econ Jaya baru..

Sewa:  RM190 sehari untuk promosi sampai bln 5 2013

sewa biasa RM250

Kemudahan:

4 bilik dan 3 bilik air

Saturday, 1 September 2012

Sunday, 4 March 2012

Putrajaya: Peguam PAS ikrar lawan habis-habisan

Posted on the February 19th, 2012 under Politik by admin


SHAH ALAM, 19 Feb: Lajnah Undang-undang PASPusat dengan kerjasama Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia melakar sejarah apabila berjaya menghimpunkan lebih daripada 130 orang peguam PAS dari seluruh negara sempena Konvensyen Pilihan raya Peguam PAS 2012 yang berlangsung di sini, malam semalam.
Menurut Ketua Pengarah Konvensyen, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (gambar), program itu bertujuan sebagai persediaan terakhir peguam PAS bagi menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 yang dijangka akan diadakan pada tahun ini.
“Komitmen yang diberikan oleh rakan peguam dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak juga di luar jangkaan.
“Pada asalnya kita mensasarkan hanya 80 orang peguam sahaja yang akan hadir, namun jumlah tersebut semakin bertambah sehingga tarikh penyertaan terpaksa ditutup lebih awal,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.


Katanya, konvensyen tersebut bermula dengan majlis perasmian dan makan malam bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman turut hadir selaku tuan rumah.
Menurutnya, Tuan Guru Abdul Hadi melahirkan kebanggaan di atas kejayaan pihak penganjur menghimpunkan para peguam PAS kerana peranan mereka secara keseluruhannya amat penting di dalam merealisasikan hasrat PAS dan Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya pada PRU13.
Katanya, konvensyen tersebut mencapai enam resolusi dan resolusi yang menjadi keutamaan adalah peserta bertekad sekurang-kurangnya seorang peguam akan ditugaskan di setiap kerusi parlimen yang PAS akan bertanding dalam PRU13 kelak.
“Tindakan tegas menurut batas undang-undang sedia ada akan diambil ke atas mana-mana musuh Pakatan Rakyat yang melanggar mana-mana peraturan pilihan raya,” katanya.
Di samping itu, ujarnya para peserta juga turut mencapai resolusi untuk memberikan khidmat guaman pasca pilihan raya itu sendiri iaitu dalam soal petisyen pilihan raya.
Beliau berkata, bagi perjalanan yang melibatkan pihak SPR pula, peguam PAS akan memantau segala aduan berkaitan salah laku pegawai SPR di sepanjang pilihan raya berlangsung.
Jelasnya, peguam PAS juga mengingatkan para pegawai SPR bahawa segala tindakan mereka yang melanggar peraturan adalah satu kesalahan jenayah.
Oleh itu, katanya dengan tenaga peguam seramai 130 orang itu, PAS akan melangkah teguh menghadapi gelombang PRU13 bagi merealisasikan tekad Pakatan Rakyat untuk menakluki Putrajaya.
Konvensyen berakhir dengan sesi khas bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin.
“Insya Allah di pihak Lajnah Undang-Undang PAS Pusat kita mensasarkan 150 peguam PAS akan bertugas di semua negeri jika dilihat daripada kehadiran pada hari ini.
“We will fight at all costs! Tumbang BN, negara selamat,” ujarnya pada akhir majlis.
Harakahdaily.net

Nafi hudud dalam al-Quran bermakna tolak al-Quran

Posted on the March 2nd, 2012 under Tempatan by admin

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Menyatakan bahawa hukum hudud tidak terdapat dalam al-Quran dan hanya ciptaan manusia boleh menjejaskan aqidah.
Menurut Yang Dipertua Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir, kenyataan seperti itu juga bermaksud menolak al-Quran itu sendiri.
“Hukum hudud ini ditentukan oleh Allah, dalam al-Quran disebut secara jelas. Sepakat ulama juga tetap bahawa hukum hudud ada dalam al-Quran seperti hukum potong tangan dan bunuh balas (qisas).
“Sesiapa yang menidakkan hudud dalam al-Quran, maksudnya dia tolak al-Quran,” tegasnya ketika dihubungi Harakahdaily.
Sedangkan katanya rukun iman yang keempat adalah percaya kepada kitab Allah termasuk al-Quran.
 


Beliau yang juga bekas Mufti Kerajaan Terengganu berkata demikian ketika diminta memberi pandangan terhadap kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu program bersama mahasiswa baru-baru ini bahawa hudud tidak ada dalam al-Quran dan perlaksanaannya tidak adil.
Rakaman video ucapan Mahathir itu juga kini disebar meluas di internet khususnya di Youtube.
Dalam perkembangan lain, AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik turut menggesa para alim ulama, mufti hingga ke Majlis Raja-Raja Melayu menegur Mahathir yang juga mantan Presiden Umno itu.
Ini kerana kenyataan Mahathir itu bukan sahaja boleh disifatkan teroesong dari ajaran Islam malah boleh mengelirukan umat Islam seluruhnya.
“Kenyataan Tun Dr Mahathir ini ‘besar’ (salah) apabila menafikan hudud atau mengatakan hudud tidak ada dalam al-Quran. Sedangkan perkataan hudud itu sendiri jelas disebut dalam al-Quran.
“Hukum hudud bermakna hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh al-Quran secara nas qat’ie iaitu nas yang putus seperti hukum mencuri, hukum berzina ada dalam al-Quran.
“Begitu juga dengan nas yang berhubung dengan murtad, nas berhubung dengan arak, qazaf dan semuanya ada jelas dalam al-Quran,” jelasnya.
Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Pusat pula akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat mereka minggu depan.
“Insyaallah, minggu depan meeting DPPM, saya akan bincang dgn rakan-rakan bentuk tindakan wajar dan sesuai ke atas Tun Mahathir atas istiqamah kenyataannya yg menolak hukum hudud dan menyebutnya ia tdk terdapat di dalam al quran.
“Mungkin DPPM akan request untuk bertemu Tun Mahathir bagi menyampaikan betul duduk hukum hudud,” kata ketuanya Nasruddin Hassan di laman Facebooknya.

Rakyat Kelantan sambut ‘meriah’ kedatangan Najib

Posted on the March 3rd, 2012 under Politik by admin


KOTA BHARU, 2 Mac: Kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan disambut meriah oleh rakyat negeri itu termasuk mengantung banner.
Di Jeli, tempat Najib dibawa oleh Datuk Mustapha Mohamad bertemu rakyat, kain-kain pemidang dinaikkan oleh rakyat kawasan itu.
Najib dalam rangka lawatannya ke Kelantan hari ini dijangka akan bertemu rakyat di Jeli, kawasan Parlimen pengerusi perhubungan Umno Kelantan.
Lawatan terakhir Najib ke Kelantan adalah Julai tahun lalu di mana beliau telah melawat daerah Pasir Puteh, Machang dan Kota Bharu.
 

Di Pasir Puteh, beliau telah melawat stesen teksi Pasir Puteh dan berjanji akan membina stesen teksi baru di situ.
Untuk lawatan kali ini, Perdana Menteri akan memulakan lawatan kerjanya dengan menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Tentera dan keluarga Rejimen Sempadan 2 di Batu Melintang, Jeli.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Perdana Menteri kemudiannya akan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Jeli.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, akan mengiringi lawatan Perdana Menteri itu.

Harakahdaily.net