komitee kelate Bar 2013

komitee kelate Bar 2013

Sunday, 4 March 2012

PTPTN: Misteri ‘kehilangan’ RM500

Posted on the March 5th, 2012 under Tempatan by

Rata-rata mahasiswa IPTA mahupun IPTS adalah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN ) untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Pelbagai isu yang dipaparkan di media termasuklah berkaitan dengan tindakan peminjam yang gagal membayar balik pinjaman akan disenarai hitam dan dikenakan tindakan mahkamah.
Satu tindakan yang serius apabila PTPTN mengambil langkah membenarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melaksanakan skim potongan gaji secara automatik terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai 1 Januari, 2012. ( Berita Harian Metro )
Dalam perkara ini juga, terlalu dimaklumkan bahawa kegagalan pihak PTPTN memasukkan wang kepada akaun pelajar juga suatu perkara yang tidak boleh diketepikan di antara peminjam dan pihak yang member pinjaman.
Selaku badan tertinggi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, PMUKM akan terkejut dengan aduan yang banyak pada semester ini berkaitan dengan wang yang dimasukkan ke akaun pelajar adalah tidak cukup sebanyak RM500 seperti dalam perjanjian. Ini menyebabkan mahasiswa mula tertanya-tanya ke manakah hilangnya duit mereka.

No comments:

Post a Comment