DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU
DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA
SAMAN PEMULA NO. : 24 - - 2008
Dalam Perkara mengenai Harta Amanah ……………………… (no. k/p:………………), Budak .;
DAN
Dalam Perkara mengenai Hartanah yang dikenali sebagai …………………………………………………………………………………. Kelantan;
DAN
Dalam Perkara mengenai Seksyen 57 dan 59 Akta Pemegang Amanah, 1949 (Trustee Act, 1949);
DAN
Dalam Perkara mengenai Seksyen 417 Kanun Tanah Negara 1965.
………………………………………. (No. K/P : ……………………..)
(Sebagai pemenang Amanah kepada
…………………… ( No. K/P : ………………………….. )
. …PEMOHON
SAMAN PEMULA [EX-PARTE]
BENARKAN SEMUA PIHAK yang berkenaan hadir di hadapan Hakim/Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar Dalam Kamar pada hari ........................... pada .............................2008 jam ................. pagi/petang untuk mendengar permohonan oleh Pemohon untuk Perintah seperti berikut:-
(1) Bahawa Pemohon, ………………………. (No.K/P : ……………………….) sebagai Pemegang Amanah bagi pihak Budak………………………………(no.k.p:……………… ) memiliki bahagian sebanyak 924/162052 diberi kebenaran untuk menandatangani sebarang memorandum, borang dan dokumen-dokumen seperti permohonan Ubah Syarat, Pecah Sempadan, Pecah Bahagian, Penyerahan Balik dan Pemberimilikan Semula Tanah, Pindahmilik Silang, Pindahmilik dan Gadaian kepada Institusi Kewangan dan apa-apa yang berkaitan yang perlu ke atas bahagian dalam Tanah yang dikenali sebagai GM …………………… Kelantan.
(2) Bahawa Kaveat Pendaftar atas syer dibawah Perserahan No. ………/……… yang didaftarkan pada …………… atau mana-mana tegahan dan/atau kaveat lain yang didaftarkan ke atas syer budak ……………………… ( No. K/P : …………………. ) memiliki bahagian sebanyak 1826/162052 yang berkenaan atau keatas tanah berkenaan hendaklah dimansuhkan atau dibatalkan;
(3) Bahawa Pendaftar Hakmilik atau Pendaftar Tanah atau mana-mana Pegawai yang bertanggungjawab setelah menerima Perintah ini hendaklah memberi kesan kepadanya dengan membuat suatu memorial dalam daftar hakmilik kepada tanah yang berkenaan.
(4) Bahawa kos permohonan ini adalah kos Pemohon.
(5) Mana-mana Perintah lain yang difikirkan patut dan munasabah oleh Mahkamah ini.
Saman Pemula (Ex-Parte) ini disokong oleh Afidavit ………………….(No.K/P: ……………………….) yang telah diikrarkan dan difailkan bersama ini.
Bertarikh pada ………… ……haribulan………………………………., 2008.
…………..………………………………
PENOLONG KANAN PENDAFTAR
MAHKAMAH TINGGI MALAYA
KOTA BHARU, KELANTAN
Saman Pemula (Ex-Parte) ini difailkan oleh Tetuan……………….., Peguambela & Peguamcara, beralamat di Lot ……………………….. ( Tel/fax : ………………………. )
(Ruj. Kami :
No comments:
Post a Comment